Want your
own Fotopage?








 
An Apple of Our Eyes...

By: Ummi Ir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Dec-2009 01:41 Email | Share | | Bookmark
Birthday celebration...






Appetizer of the day


Main menu of the day

Ummi pilih hari ni untuk meraikan birthday Dini sebab nak meraikan birthday abah sekali yg jatuhnya pada hari ni. Lokasi majlis kali ni kat rumah atok sebab tetamu jemputan ummi cuma adik beradik ummi je, famili atok, pak long, pak ngah & anak2 tok su sbb tok su balik melaka. Yg ni je pun dah penuh rumah atok.

Mulanya ummi nak buat minum petang je sbb menu minum petang senang & ringkas jer tapi pak ngah kata dia kerja lagi time tu, so ummi buat lah dinner. Dan seperti biasa, atok la jadi chefnya untuk masak menu utama, nasi lemak sambal udang. Ummi seperti biasa gak, jadi asisstant je.

Tapi Dini ni dia monyok + malu2 + takut kat pak long, pak ngah & pak cik pidot plak. Dini kalau dh lama tak tgk org or baru kenal org, camtu lah peel dia. Waktu tu la dia jadi anak yg paling baik jer sbb asyik berkepit ngan ummi or abah. Tapi bila dah kenal...hm..tak reti dok diam. Selalu ngan pak long ok jer tp sbb pak long dah pindah seremban ni, jarang jumpa, dia jadik camtulah. Pak long nak dokong pun tak nak. Nangis2. Kalau pak cik pidot lglah. Takut sgt dia sbb badan pak cik pidot tu besar sgt kot. hi..hi.. Dua jam lepas tu, barulah Dini ni ok ngan pak long, pak ngah & pak cik pidot. Lama betul Dini ni nak warm-up.

Bila dah ramai2 camni, Irdina & Irfan plak la tak nak balik sbb sibuk main ngan cousin diaorg. Sampai nangis2 la kalau nak suruh balik.

Hmm..camtu la perangai anak2 ummi ni. Apa2 pun, terima kasih la pada adik beradik ummi yg sudi memeriahkan majlis. Terima kasih gak untuk pak cik, mak ngah, pak ngah poji, tok wan & tok su yang bagi hadiah & ang pow utk Dini. Utk pak long pun, terima kasih sbb sponsor sate utk mlm ni. Ummi suruh pak long belikan, bila nak byr pak long kata foc sempena birthday Dini. Terima kasih la semua2. Ummi ajak untuk memeriahkan majlis jer, tak yah lah susah2 nak bagi pelbagai. Tapi dah bagi, ummi terima je lah.

Insyaallah, tahun depan, kita mintak pak long taja lokasi kat rumah pak long plak ye. hi..hi..

Untuk dua insan kesayangan ummi...




Add comment


Monday, 14-Dec-2009 00:00 Email | Share | | Bookmark
Irdini is turning 2 years today..






Tanggal 14 Disember 2009, Irdini genap dua tahun. Kebetulan nak genap dua tahun ni, lima hari sebelum tu, demam + batuk + selsema plak. Pakej 3 in 1. Panas sgt kot kat kg atau Dini rindu kat mak su dia kot. Kesian anak ummi. Dah lama sgt tak demam, sekali demam, tak tido mlm ummi dibuatnya. Asyik merenggek & menangis je. Nasib baiklah ummi cuti. Kalau tak, maunyer tersengguk2 kat opis sbb tak cukup tido. Hu..hu...

Selalunya bila hari-hari penting anak2 ummi ni, ummi amik cuti, tapi dah amik cuti seminggu awal & byk deadline yg nak dikejar, tak jadilah ummi nak sambung sehari lg utk hari ni.

Dini ni dah semakin nakal dan pandai merajuk. Maklumlah, dah ada 2 sifu yg dgn senang hatinya menurunkan ilmu. hu..hu..Kalau dulu, atok selalu puji2 sbb senang nak jaga Dini ni. Sekarang ni dah hilang semua pujian tu.

Apa-apa pun, untuk anak ummi yang suka makan & montel ni, Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-2 sayang. Be a good girl!




Add comment


Sunday, 27-Sep-2009 16:18 Email | Share | | Bookmark
Ampat tahun la...






kuew teow sup hor fun, mee udang, lemang & serunding serta buah-buahan. Menu yg simple & mudah di masak serta cepat dimakan. hi..hi..


Goodies bag utk tetamu cilik


Irfan dah menjangkau usia empat tahun pd 22 Sept lalu. Dah besar anak ummi tapi masih lagi pelat dan paling suka menjerit. Sikit2 menjerit. Tak menjerit menangis. Itu jelah kerja dia selama nie. Lepas tu selalu kena ikut cakap dia. Apa yg dia nak, itu jugaklah yg kena bg. Kalau bg bukan seperti yg diingini, apa lagi. Nangis la. Atok la yg rajin melayan Irfan. Kalau ummi, ummi biar je Irfan menangis.

Tapi ngada2 Irfan ni pun, itu jugalah buah hati pengarang jantung ummi. Nama pun anak ummi, mestilah ummi sayang Irfan sesangat, ye tak?

Disebabkan sayang jugak la, walaupun baru je sampai dr Kedah pg semlm, ummi buat jugak birthday Irfan hari ni merangkap open house ummi. Dah alang2 pun nak buat...buat jelah 2 in 1. Hi..hi..

Kek Irfan pun ummi tak sempah tempah. Beli ready made jer. Takpelah kan Irfan, janji ada kek. Kalau takde, jenuh ummi nak dengar Irfan menjerit & menangis. Sbb itu yg dituntut awal2.

Irfan mmg seronok la sbb ramai kengkawan dtg. Asyik main jela. Dina & Dini pun 2 x 5. Tak tahu penat. Tapi mlm jer, tak sampai pukul 8, sorang2 tumbang. Abis tenaga la tu.

Apa-apa pun, terima kasih pd tetamu2 jemputan ummi yg sudi memeriahkan majlis. Seronok melayan tetamu sampai tak terasa penat. Tapi esok sure melepek jer. Nasib baik ummi cuti lagi. Boleh la beristirehat. Hi..hi..

Opps.. tak lupa juga utk dua adik kesayangan ku yg sanggup menjadi 'bibik' sementara ku. Nah seposen, pi main jauh2. Thanks atam & mak cu. Abg pidot pun, hi..hi..

Untuk abang Irfan kesayangan ummi ni, ummi sentiasa doakan yang terbaik utk abang. Jgn nakal2 tau. Sayang abang. Muah.

Add comment


Saturday, 18-Jul-2009 10:49 Email | Share | | Bookmark
Hari Sukan PASTI Al-Huda




Pagi ni, 6.30 lg Irdina dah bgn sbb excited nak pi hari sukan sekolah dia. Punya la awal. Padahal, kul 8 baru majlis bermula. Dini & Irfan pun bgn awai gak. Sama2 nk bg semangat kat kakak depa la tu.

Sepatutnya pukul 8.00pg dah mula tapi nk dekat pukul 9 barulah dimulakan gara2 ada beberapa kanak2 yg tak dtg lg. Kesiannya pada budak2 yg nak bersukan tu juga la sbb kena bersukan di bwh terik mentari.

Walaupun ummi bwk Dini, dia tak merengek2 pun. Elok je dok bwh khemah jemputan tu ngan tok dia. Rahsianya? Bg je mknan kat Dini. Senyaplah dia. Sebab tu la bdn tu montel camtu. Irfan ni yg tak reti dok diam. Nak itulah, nak inilah. Nk benda mkn oklah lg, ni segala mainan kat situ. Dahlah mahal2 belaka. Lepas tu, bukannya reti nak jg. Sekejap je riwayat segala toys dia tu. Kekadang tu, tak sampai sehari dh rosak. Bankrap ummi kalau dok lelama kt situ. Sib baik abah yg belikan segala yg mahal2 tu, kalau ummi, no way. Nk makan boleh. Byk2 pun takpe. Kenyang la gak. Hi..budak2 sekarang..

Dina masuk 6 acara, isi air dlm botol, tarik bola dlm gelung, anakku sayang, baling bola dalam bakul, lari dalam guni dan musical chair. Dari 6, menang 4. Dua johan & dua naib johan. Ok la tu padahal ikutkan lg dua2 tu boleh jadi johan tapi disbbkan rakan sepasukan yg lmbt sikit, dapat la no 2. Oklah gak ada hadiah. Masa cikgu Dina call ummi mintak izin nak masukkan byk acara, ummi ok jelah asalkan Dina ok. Sbb dia yg nak main. Lg pun yg untungnya masuk byk acara, chances utk dpt hadiah, cerah la. At least, dpt satu pun jadilah...Ni dpt 4 hadiah, lg la ok.

Nak dekat tengahari, acara pun abis....Dini & Irfan pun dah layu dah...Selesai la aktvt hari ni... the end


Add comment


Saturday, 11-Jul-2009 04:10 Email | Share | | Bookmark
Sepagi di TTAH













Irfan merajuk sebab Dini tak nak ikut dia…








Last weekend, ummir sekeluarga pi taman tasik ampang hilir yg baru dibuka.
Saje la nak survey dah alang2 dekat jer. Kami sampai nk dekat pukul 8.00pg. Nasib baik dpt parking sbb parking lot dia kecik je.

Tak jogging pun, just jalan2 keliling tasik. Dini pun ummi suh dia jalan. Tapi dia ngelat sbb jalan tak sampai 10 minit dah suruh dukung. Apa lagi, ummi suruh abah la yg dukung sbb Dini ni kan kus semangat sikit. Tak larat ummi. Abah lah exercise dukung Dini.

Yg x bestnya, ingatkan boleh keliling tasik tu, tp x boleh sbb blocked. Private area. Maklumlah, kawasan tu kawasan org kaya. Terpaksa la berpatah balik.

Ok jugak lah tmpt dia. Bersih jer. Pemandangan pun cantik. Mmg sesuai la utk beriadah dgn family. Next time bole la ummi berpiknik kat sini sementara abah jogging.

Anak2 ummi kalau jumpa playground mmg seronok sgt. So, melepak kt situ je la perati diaorang main. Playground pun ada 3 tapi yg ketiga tu ummi x pi pun sbb we all stop kat 1st & 2nd playground je. Kalau boleh pusing keliling tasik tu ok la gak tp sbb kena patah balik, xde la p.

Dalam kul 9.30 dh balik. Pi breakfast kat kedai mamak plak. Nasib baik bkn pi jogging. Kalau x, xde hasil apa pun sbb dah pekena roti canai & nasi lemak.







Add comment


Saturday, 25-Apr-2009 17:54 Email | Share | | Bookmark
25 April tiba lagi!








Alhamdulilah, Irdina kini dah pun 6 thn. Ummi mmg planning nak buat makan2 utk Dina tapi memandangkan kebelakangan ni ummi bz sikit, last minit jer baru buat invitation dan sebagainya. Order kek pun hari Khamis. Nasib baik la Jumaat ummi amik cuti. Sempat la beli brg2 keperluan.

Bab menu plak, nasib baik mak su ummi tak balik Melaka sbb sekarang ni, most of the weekend mmg balik sana. Pak su ummi kan dah pencen. Dah menetap di kampung la adanya. So, ummi mintak la jasa baik mak su utk tolong masakkan nasi ayam utk ummi. Setakat makan satu family, boleh la ummi masak. Nak masak byk2, tak reti. Hi..hi..Yg ummi reti goreng sosej, fries, tauhu sumbat. Byk2 pun tak pe.

Dina pagi ni dah ada aktiviti dgn sekolah dia, pi Desa Water Park. If ummi tak buat makan2 ni, for sure ummi dah join anak-beranak. Tu yg dlm gmbr Dina gelap sikit. Berjemur jer kerjanya,

Majlis ummi bermula 6 ptg. Saja buat lewat sbb abah kerja hari ni. Lagipun, takdelah rushing sgt nk memasak. Walaupun bukan ummi yg memasak. Setakat menolong jer.

Utk tetamu2 jemputan , terima kasih krn sudi memeriahkan majlis walaupun last minit jemputan. Begitu jugak yg bagi hadiah dan angpow. Terima kasih daun keladi. Tahun depan bagi lagi yea. Utk adik bongsu kesayangan ummi, terima kasih krn menjadi bibik sementaraku. Kih..kih..kih..

Utk kakak, ummi sayang kakak byk2. Semoga jadi anak yg solehah dan kakak yg bertanggungjawab bertangungjawab. Doa ummi sentiasa bersama kakak. Amin

Eppi belated befday ye Dina...sekejap aje Dina dah nampak cam anak dara. Tengok mukanya exactly cam ummi dia , mesti ummi comei camtu gak kan masa kecik2 dulu. Untie yati doakan semoga kakak Dina akan membesar dgn sihat, bakal menjadi kakak yg baik membimbing Irfan dan adik Dini tuk rajin belajar. Jangan garang-garang dgn adik-adik tauuu . Mon 29-Jun-2009 10:18
Posted by:ummi_wafi  - [Link]
thanks ummi_wafi. ummi masa kecik2 x comel. dh besar baru lawa & jelita . hi..hi..masuk lift tekan sendiri. auntie yati, bukannya jgn garang2 dgn adik beradik, mmg dina ni seorg kakak yg garang. sakit telinga ummi bila dgr dia marah adik2nya... harap2 dh besar nanti, kuranglah kegarangan dia tu. amin! Sat 11-Jul-2009 08:13
Posted by:ummiir
Add comment


Monday, 2-Feb-2009 12:36 Email | Share | | Bookmark
Kau adalah nyawaku...


Tudung Tie Rack from UK
http://mummyliciousboutique.blogspot.com
Sun 29-Mar-2009 16:51
Posted by:mummylicious boutique  - [Link]
Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 02:02 Email | Share | | Bookmark
Irdini is ONE year today! Happy Birthday sayang...








Pejam celik pejam celik dah setahun umur Dini. Ummi masih ingat lagi setiap detik yang berlalu tanggal tarikh ni setahun yang lalu. Pagi Jumaat tu, seperti biasa ummi bersiap2 nak pi keje, masa mandi dh nampak spot tapi ummi ignore je. After bersiap tu, cam byk plak yg kuar, itu pun ummi still berbelah bagi nak pi ofis ke tak. Maklumlah tak sakit. Sementara nak tunggu hubby siap, makin byk plak yg kuar. So, terus decide nak pi hospital la tp tak bg tau kat hubby lg. Inform dia bila on the way nak htr Dina & Irfan rumah atok depa. Dia plak yg panic padahal bukannya ummi rasa sakit apa pun. Ummi kata nak buat check-up jela. If ikut due, next day. Lagipun, based on previous history, Irdina lahir lewat sehari, Irfan lewat 9 hari, so ummi pun assume baby ni pun kuar lmbt ar. Tu yg ummi rilek jer.Tapi, baby ni pun mcm tau2 je sbb baru mlm td ummi packing brg2 baby letak dlm keta padahal sebelum tu ummi ingatkan nak start packing hujung minggu ni. Punyala lmbt ummi packing kali ni. Nak terberanak baru packing. Hi..hi.. Sampai kt hospital, lepas check-up, baru 3cm. Terus masuk wad dulu. Ummi pun beristirehat la ngan amannya. Siap bersms lg ngan member2 opis. Hi..hi.. Hubby plak balik dulu sbb tak leh tggu situ. Planning nak dtg balik lepas Sembahyang Jumaat nanti sbb ummi bgtau lambat lg nak kuar. Sehinggalah saat2 kemuncaknya pukul 1 tu dan Dini pun selamat menjengah dunia tepat 2.02 petang. Ummi smpt sms hubby bgtau dh nak masuk labour room. Masa hubby sampai, nurse bgtau dah selamat bersalin dan sedang dijahit. So tak leh masuk lg. Terkejut gak dia sbb ingatkan masih dlm labour room.

Memang setiap kejadian tu, ada hikmah di sebaliknya sbb Ummi ngan abah kalau boleh nak baby kuar masa birthday abah, 5 hari lagi. Tapi, ummi mmg bgtau baby setiap hari if nak kuar awal, kuarlah, kalau boleh tunggu, tgu la birthday abah sbb ummi tak nak jadi kebetulan cam nak lahirkan Irfan. Beria2 dia tgu abah dia datang. Hi..hi.. Hikmahnya baby kuar awal sbb dia termkn najis & tak leh bernafas sendiri dgn stabil. Kena pakai oksigen baru leh. Ummi tak dpt & tak sanggup nak bygkan kalau Dini kuar lambat....Nauzubillah. Setiap hari tgk Dini dlm balang kaca tu dgn dipenuhi wayar, Allah saja yg tau betapa sedih, terharu dan tak sanggupnya ummi nak tgk Dini dlm keadaan camtu. Meleleh2 air mata. Syukur Alhamdullilah, selepas 5 hari, Dini dah sihat walafiat.
And today, dah 1 year. Begitu pantas masa berlalu....

Dini start bertatih-tatih masa 10 bln. 11 bln dh terrer dah. Laju je jalannya. Tapi, jatuh bangun tu berulang kali lah. Kekadang nangis, kekadang tak. Yg seronoknya masa balik Kedah Raya Haji ari tu, amboi, seronoknya dia berjalan pusing ruang tamu rumah atok tu, maklumlah rumah besar. Seronoklah dia. Dah setahun ni, lg bertambah laju la. Mulut pun dah bising. Kebetulan, bila abah, ummi or kakak dia sembang or tanya dia, dia pun menjawab. Cam ye ye je faham. Kih..kih..kih.. Gigi atas dh tumbuh 3 & gigi bwh 4. Pastu, dh pandai gigit org. Lg org menjerit & nak elakkan paha or tangan dr dia gigit, lagi dia seronok nak gigit. Ingatkan orang main ngan dia la tu. Dini..dini..

Bagi ummi, tak terasa sgt ummi ni ada baby sejak Dini lahir. Dini nangis pun bila lapar je. Bangun tengah mlm pun, sekali dua je. If bangun pagi, dia leh main sorang2. Ummi & abah leh terus bersiap tanpa kisahkan dia. Demam + batuk + selsema pun ummi rasa adalah dua tiga kali kot. Until, mak & adik ummi pun akui mmg senang jaga Dini ni. Dah besar ni yg kalau dia bangun tgk takde sapa kat sebelah, menangis bukan main. Kalau ada org, ok. Dia buat la hal dia sendiri. Penakut gak anak ummi ni. Kui..kui..kui.. Tup..tup..dah setahun usia Dini. Abg Irfan panggil Dini, Nini or Ni sbb dia senang nak sebut. So, kakak, abah & ummi pun kekadang terikut2 gak la panggil Nini. Tp mostly mmg kami panggil Nini la. Nama manja Dini.

Dini dah setahun ni pun masih mkn nestum + susu sbb bila atok or ummi bg nestum pekat or porridge, dia tak nak. Luahkan balik. Bg nasi lembik pun tak nak gak. So, mmg susu jelah mknan dia. Tu yg kuat menyusu tu. Tapi belum makan lg ni badan dh montel camtu. Kalau kuat mkn, tak tau la ummi montel camne lak. Takpelah, montel camne pun, asalkan Dini sihat. Tu yg pentingkan.

Sempena hari istimewa Dini ni, abah & ummi buat minum petang. Tetamu2 jemputan ummi siapa lg kalau bukan adik beradik, sepupu sepapat & sedara mara ummi yg tinggal berdekatan area sini. Itupun dah padat istana comel ummi ni. Tunggu la bila istana idaman ummi dh siap nanti, sure ummi tak jemput semua org... kuang..kuang..kuang..



Tetamu jemputan mula tiba pukul 4.45ptg. Menu ummi simple jer, spagetti, mee kuah, nugget tempura, fried dim sum, tauhu sumbat, sagu gula melaka dan buah. Alhamdullillah, semua makanan ummi abis. Yg last portion tu, ummi tapaukan mee kuah utk ayah & pak su ummi yg tak dpt dtg sbb kerja & kesihatan.



Hari ni, birthday girl moody sket sbb dia tido tak puas. Setengah jam jer tido dah kena kejut. Tapi takde la nangis Cuma susah jer la nak senyum. Jenuh la semua2 org suruh Dini senyum sbb nak bergambar, hmm..takde pun. Masam jer. Tu yg gambar2 Dini semuanyer muram jer. Takpelah, muram2 pun, sbb Dini tak nangis, still ok lg. Kalau Dini nangis, lagi la tak bestkan?

Pukul 7.00++, semua tetamu ummi balik. So, sbb mknan abis, senanglah ummi buat kerja2 mengemas. Tapi yg sebenarnya, adik2 ummi yg tolong membasuh pingan mangkuk. So, ummi just basuh bekas2 kosong jelah. Nasib baik ummi ada adik2 yg rajin ni. Terima kasih daun keladi ye atam & mak su. Lenkali, ummi bg tender lg. Hi..hi..

Untuk tetamu2 jemputan ummi, terima kasih sbb sudi memeriahkan birthday Dini ni. Yg bagi hadiah & angpau, terima kasih daun keladi...buat susah2 jer. Tahun depan bagi lagi yea.



Untuk 2 insan istimewa yg sambut hari kelahiran dalam bulan Disember ni, ummi saaaayang kalian berdua. Selamat ulang tahun sayang.






alahaiii...cutenya Dini . sekejap je Dini dah setahun....belum terlambat auntie ucapkan selamat hari lahir ye..moga bakal jadi anak yg sihat, membesar dengan ceria. Mmuahhhh...kiss from auntie Wed 17-Dec-2008 03:56
Posted by:ummi_wafi  - [Link]
hai....salam perkenalan n salam tahun baru

HEPI BELATED BESDAY BIAT DINI...
Fri 2-Jan-2009 03:42
Posted by:watie  - [Link]
thanks kak inaa. kolam ikan tu my hubby yg bersungguh buat..harap saya mmg tak menjadilah. tak rajin! tengok ikan berenang-renang mmg suka, tp nak handle pengurusannya ... mintak maaflah . insyallah kan..manalah tau IMU beri bonus...ummi plan nak boh pergola plak . Tue 6-Jan-2009 07:20
Posted by:ummi_wafi
View all 5 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 05:28 Email | Share | | Bookmark
Irfan dah T.I.G.A. tahun...














"Panjang umurnya..
Panjang umurnya..
Panjang umurnya setahun jinjang..
Setahun... jinjang..
Setahun jinjang.."

Dah tiga tahun dah Irfan hari ni. Tapi still pelat lagi. Dah la pelat, gigi depan plak byk yg lopong, lg la tak clear cakap apa. Angin & air je yg bersembur kuar. Hi.hi.. Kadang2 tu, Irfan tau ummi & abah tak faham cakap dia, siap buat bahasa isyarat lg.

Sebenarnya, ummi plan nak buat berbuka puasa untuk family terdekat ummi for celebrating birthday irfan ni, cam last year tp, abah & atok Irfan kata nanti rushing lak. Tak leh nak lepak lama2 kat rumah kitaorang. Betoi gak sbb masa makan2 ni la, boleh nak bersembang & melepak lama2. Atok kata, buat lepas raya, tp ummi la rasa cam tak best sbb lama plak nak postpone. Ummi kalau boleh nak celebrate birthday anak2 ummi on the date itself or that weekend ke, tp bila ingat balik masa last year tu, mmg x berapa nak enjoylah sbb semuanya rushing. So, insyaallah, ummi celebrate birthday Irfan kat Penang nanti. At least, tak le lama sangat gapnyer.

Sempena birthday Irfan ni, mintak atok tolong masakkan pulut kuning & rendang daging utk disedekahkan di surau & antara menu berbuka puasa. Tak lupa gak kek comel yg wajib ada utk birthday anak2 ummi. Ummi plan nak celebrate & family ummi jer, rupa-rupanya abah ada undangan berbuka puasa kat sekolah plak. Apa lagi, ummi pun berbuka kat rumah mak ummi je la. Hi..hi.. dan kek yg comel tu pun sekejap je la abis sbb ramai. Kira tak membazir la. Kalau family ummi jer, sure separuh ada lg sbb anak2 ummi jer yg suka makan kek. Irfan sampai 3 kali tambah & Dina 2 kali. Nasib baik kek sendirikan.

Upacara memotong kek Irfan ni ummi buat masa berbuka puasa. So, bila Irfan nampak jer kotak kek yg ummi keluarkan drpd fridge, terus sibuk nak potong. Tak menyempat2. Ummi nak berbuka pun tak senang. Nak buat macam mana, nama pun budak2. Bila dah nyalakan lilin & nyanyi lagu birthday, Irfan tiup lilin sampai tersembur2. Tu yg kek comel tu cepat abis sbb ada perasa tambahan.

Untuk Irfan, doa ummi sentiasa mengiringi Irfan. Semoga jadi anak yg soleh, adik & abang yg bertanggungjawab dan boleh menjaga melindungi kakak & adiknya kelak. Semoga Allah melindungi anak ummi daripada kejahatan duniawi ni. Amin.

Selamat Hari Lahir yang ke tiga sayang. Ummi sayang abang!


Selamat Hari Raya...
Tumpang iklan tuan rumah
Nak beli baju baby dan kanak-kanak?
Branded tapi dengan harga murah.
Ada legging Baru dan comel2.
Selamat menjamu mata ke kedai saya...
http://manjakusayangcollection.blogspot.com
@
Selain pakaian baby dan kanak-kanak
saya juga turut menjual comforter bercorak moden.
sila lawat ke:
http://mylaurea.blogspot.com
Fri 10-Oct-2008 09:01
Posted by:Liana  - [Link]
ada, gmbr dini 1 jer. bwh sekali. terselit kt tepi. diakan x leh mkn kek lg. calit2 kat mulut jer la bg rasa. cian dia. mulut tu kecap kecip tgk org mkn. tih..tih.. Fri 17-Oct-2008 09:06
Posted by:ummiir  - [Link]
eppy belated birthday to abang irfan yg encem juga . moga jadi anak yg baik pada ibu bapa, jangan nakal-nakal tau. mmmuahh...sayang dari auntie yati . Wed 17-Dec-2008 04:14
Posted by:ummi_wafi  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 2-Aug-2008 04:20 Email | Share | | Bookmark
Bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan, Port Dickson





Last weekend, ummi ngan family pi bercuti kat sini. Dari last month abah dah bagitau tp ummi cam tak percaya jer sbb abah tu bukannya suka berjalan. Lepas pun, bila ummi tanya kita dok mana pun tak tau. At least, kalau tau dok mana, bolehlah buat survey sikit. Tu yg lagi ummi tak percaya sbb abah tak amik pot pun nak tau nama tempat tu semua. Bila dah bertolak dr rumah je, baru ummi percaya.

Actually, tempat ni booked utk family day sekolah abah, tp tak cukup bilik. 11 bilik jer yg available. So, jadi percutian sendirian berhad je la untuk 11 family tu.. Mula2 ingatkan nak konvoi ramai2, tp disbbkan abah tak suka menunggu, kami pun gerak la dulu. Dgn tak tau jalannya, semuanya follow signboard je . Dah sampai Teluk Kemang tu, memasing mulalah membaca papan2 tanda yg banyak di tepi2 jalan tu nak carik rumah persekutuan. Dah nak sampai Ilham Resort pun tak jumpa gak. Lepas tanya org, rupa2nya mmg tempat tu kat Ilham, cuma Ilham terus ke dalam sedangkan rumah persekutuan ni tgh2 je.

Not badlah rumah ni. Utk sewa yg hanya RM40 ringgit, nak expect apakan tp mmg bersihlah dan kami dapat apartment yg menghadap pantai. Lagilah syok. Yg bestnya, pantai ni mmg exlusif & privacy. Cuma pantai PD ni, tak lawalah. Keruh air lautnya tp anak2 ummi ni bukannya kisah, asalkan dapat mandi laut. Mmg dah hepi dah diaorang tu.

Dini yg comel tu demam pulak. Tu yg gambar2 dini semuanya monyok2 jer. Atok kata demam nak tumbuh gigi atas plak. Sian anak ummi.

Apa2 pun, walaupun cuma 2 hari semlm jer kat sini, seronok sangat2 sbb dapat berjalan luar dari rumah. Anak2 ummi pun hepi je. Itu yg paling penting.

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com